JAKARTA: Hubungan ekonomi yang lebih mendalam perlu diwujudkan antara ASEAN dan Amerika Syarikat, khususnya dalam perjanjian rangka kerja perdagangan dan pelaburan, serta libat urus ekonomi yang lebih meluas.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu berucap mencelah di sesi Persidangan Kemuncak ASEAN-AS di Jakarta pada Rabu berkata, itu antara cadangan Malaysia tentang bagaimana hubungan dua hala tersebut dapat diangkat ke peringkat seterusnya.
Selain itu, Anwar berkata, Malaysia berpandangan ASEAN memerlukan sokongan pelaburan langsung asing (FDI) yang lebih tinggi bagi tujuan membawa industri mikro, kecil, dan sederhana (MSME) ke peringkat global.
“ASEAN perlu menyokong dan memudahcara FDI, meletakkan MSME ke peringkat global, menyokong pertumbuhan hijau untuk kemampanan iklim, serta penggunaan tanah yang optimum untuk keterjaminan makanan,” katanya lagi.
Dalam Sidang Kemuncak ASEAN-AS ke-11 itu, Amerika Syarikat diwakili oleh Naib Presiden Kamala Harris.
Terdahulu dalam ucapannya, Harris berkata, Pentadbiran Biden-Harris 2024 telah memohon dana AS$1.2 bilion bagi tujuan ekonomi, pembangunan, bantuan keselamatan untuk negara-negara ASEAN, selain tambahan AS$90 juta untuk mengadakan libat urus dan mengukuh institusi ASEAN.
"Bertitik tolak dari kejayaan Persidangan Khas AS-ASEAN 2022 di Washington DC, sumber ini bertujuan untuk menyokong pelaksanaan ASEAN Outlook bagi Indo-Pasifik, dan memastikan kerjasama dua entiti ini dapat menghasilkan manfaat yang konkrit untuk rakyat di Asia Tenggara, Amerika Syarikat, dan di Indo-Pasifik," katanya lagi.
Dalam pada itu Anwar berkata, Malaysia menggalakkan perkongsian antara ASEAN dan AS dalam memajukan transformasi digital di rantau ini, memasukkan kesalinghubungan dan keterangkuman infrastruktur digital, 5G, dan juga polisi dan pengaturan data digital.
Dalam ucapannya, Anwar berkata, ASEAN telah mensasarkan pengeluaran 23 peratus tenaga bersih daripada keseluruhan menjelang 2030, dan rantau ini menghargai bantuan dari AS untuk mencapai tujuan tersebut.
Selain itu, Perdana Menteri turut mengalu-alukan pelaksanaan Perkongsian Strategik Komprehensif ASEAN-AS dalam menggerakkan Unjuran ASEAN bagi Indo-Pasifik, sempena Persidangan Kemuncak ASEAN ke-43 itu.
Beliau berkata, perkongsian tersebut amat kritikal, untuk negara ASEAN yang komited melaksanakan prinsip demokratik dan ketelusan.
Firdaus Azil
Wed Sep 06 2023
Perlu ada hubungan ekonomi mendalam antara ASEAN dan Amerika Syarikat, khususnya dalam perjanjian perdagangan dan pelaburan. - PMO
MAIPs, tiga lagi gagal dapat kebenaran merayu, anak Loh kekal beragama Hindu
MAIPs dan tiga yang lain gagal mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang membatalkan penukaran agama tiga anak ibu tunggal.
Jelajah Perpaduan Kayuhan Hijau rentas sembilan negeri di Semenanjung
Jelajah ini bertujuan mempromosikan Kempen Penghijauan Malaysia dengan aktiviti penanaman pokok oleh peserta kayuhan hijau.
Kes denggi menurun - KP Kesihatan
Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, tiada kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan dalam minggu tersebut.
Penduduk Malaysia cecah 34 juta - DOSM
Penduduk Malaysia pada suku tahun pertama 2024 (ST1 2024) dianggarkan berjumlah 34 juta, meningkat 2.3 peratus berbanding suku tahun pertama 2023 (ST1 2023).
AWANI Ringkas: Saman Lim Kit Siang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Universiti seluruh dunia jadi hab sokong perjuangan Palestin
Universiti menjadi hab mega aktivisme bagi pelajar mengangkat perjuangan Palestin dan membantah pembunuhan yang sedang dilakukan oleh Israel dengan sokongan sekutunya, Amerika Syarikat.
Ippo Hafiz gagal hadirkan diri kes tuntutan cerai, hak jagaan anak
-Saya dah failkan kes ini pada Februari, harapnya dia datang lah bagi sebutan kes minggu hadapan supaya boleh selesaikan dengan cara yang baik.
Piala Asia: Kazakhstan calar rekod bersih Malaysia
Skuad hoki dalam dewan wanita alami kekalahan pertama di tangan Kazakhstan, 1-5, pada saingan ketiga Kumpulan A.
Pusat Arkeologi Guar Kepah 98 peratus siap, akan dibuka akhir tahun ini
Pembukaan pada akhir tahun itu setelah mengambil kira fasa pemindahan rangka dan artifak Guar Kepah.
Singapura sedia mengalu-alukan PM baharu pada Rabu
Lawrence Wong, 51, akan menggantikan Lee Hsien Loong, 72, yang telah berkhidmat sebagai perdana menteri sejak tahun 2004.
Anwar terus guna platform dunia selar sikap prejudis kuasa besar
Anwar berkata sikap prejudis kuasa besar dunia jelas kelihatan, kerana cenderung menyokong sesuatu yang dilihat selari dengan agenda mereka.
Malaysia tarik pelabur pada Forum Ekonomi Qatar
Forum Ekonomi Qatar (QEF) 2024 yang bermula hari ini, menampilkan ramai pemimpin global, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Lawatan Anwar ke Qatar berjaya jana potensi eksport bernilai RM700 juta - Tengku Zafrul
Komitmen eksport itu diterima daripada pelbagai pemimpin utama industri Qatar semasa mesyuarat meja bulat perniagaan.
PM Anwar diberi sambutan rasmi sempena lawatan sulung ke Qatar
Perdana Menteri tiba di dewan pemerintahan negara Qatar itu pada 10.30 pagi waktu tempatan (3.30 petang waktu Malaysia) disambut Amir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani.
PM Anwar akan bertemu 30 pemimpin industri, ketua negara semasa lawatan rasmi
Secara kebetulan, tahun ini merupakan ulang tahun ke-50 hubungan dua hala Malaysia dan Qatar, yang bermula sejak 1974.
PM tiba di Doha untuk lawatan rasmi tiga hari ke Qatar
Pesawat khas yang membawa Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Doha pada kira-kira 9.37 malam Ahad waktu tempatan.
PRK KKB: PM Anwar ucap tahniah kepada calon PH, berjaya pertahan kerusi DUN Kuala Kubu Baharu
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan tahniah kepada Pakatan Harapan dan Kerajaan Perpaduan atas kemenangan calon DAP pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri KKB.
PM Anwar lawat Qatar mulai Ahad
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melakukan lawatan rasmi ke Qatar dari 12 hingga 14 Mei.
Gaji penjawat awam: Pulau Pinang selaras kenaikan gaji ikut kerajaan Persekutuan
Kerajaan Negeri Pulau Pinang sedia menaikkan gaji penjawat awam di negeri itu selaras keputusan kerajaan Persekutuan.
Mendiang Mutang miliki prinsip, nilai kukuh ke arah reformasi Parlimen - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan negara kehilangan individu yang sangat serius dalam usaha reformasi Parlimen dengan pemergian mendiang Senator Datuk Mutang Tagal.